suria

Watak dalam filem tak sama dengan realiti, ‘Usop Wilcha’ rimas asyik disuruh gerakkan tangan

PERNAH membawakan watak lelaki lembut, pelakon Syed Mohamad Asri mempertahankan Syafie Naswip dan menasihati aktor berkenaan untuk tidak mengambil peduli komen negatif netizen.

Berkongsi pengalamannya sebagai pelakon, Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail, 60, berkata komen itu menjadi bukti lakonan mereka berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kalau mahu dengar semua punya komen, kita (pelakon) tidak boleh hidup. Bukannya mereka ini yang suap nasi dalam mulut kita.

“Jadi sebagai pelakon, kita kena terima hakikat itu iaitu mesti akan ada komen negatif. Itu tandanya kita ini bagus,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Syafie Naswip menerima teguran daripada banyak pihak termasuk pendakwah PU Syed yang menegur watak khunsa yang dibawanya bagi sebuah drama.

Dalam pada itu, Syed turut meluahkan rasa kurang senang apabila sering diminta melakukan gaya Usop Wilcha iaitu menggerakkan tangan seperti dilakonkan dalam filem Hantu Kak Limah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi