suria

Dulu belum cukup memahami pasangan, Zulin Aziz kini lebih matang berdepan ujian rumah tangga

TIGA tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Zulin Aziz meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami.

Mengakui turut berdepan ujian rumah tangga, namun Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz berkata dia dan suami semakin matang berdepan sebarang isu yang timbul.

"Alhamdulilah sekarang sudah okay sebab waktu awal dulu memang akan selalu mengamuk marah-marah kerana belum faham konsep perkahwinan.

"Tiga tahun berkahwin ni belum dikurniakan anak, menyalahkan pasangan memang tiada sebab hanya berserah saja kepada tuhan… mulanya memang teruja untuk nak anak tapi sekarang hanya berserah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi