suria

Adira ada hantar mesej kepada Bella Astillah selepas kejadian... Senyum-senyum tengok video mesra BASS

SELEPAS kekecohan yang berlaku semasa Anugerah Melodi Terhangat 2025, penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan dia ada menghubungi rakan baiknya, Bella Astillah untuk memberikan sokongan moral.

Enggan mendedahkan butiran perbualan tersebut, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, berkata dia mendoakan agar Bella terus kuat dan dikelilingi dengan perkara yang baik-baik.

“Betul, kami ada berhubung. Semalam (selepas anugerah) saya ada hantar mesej kepada dia, tapi rahsia. Tidak boleh beritahu apa yang dibualkan.

“Saya sentiasa beri dia kata-kata semangat. Kalau dia gembira, kita pun tumpang bahagia. Kalau dia sedih, kita sama rasa sedih juga. Apa yang saya mampu buat, saya akan terus doakan yang terbaik untuk dia, insyaAllah,” katanya kepada mStar.

Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sesi latihan akhir Konsert Tentang Cinta pada Isnin.

Dalam masa sama, Adira turut meluahkan rasa gembiranya apabila melihat kebahagiaan Bella yang kini semakin rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Tipulah kalau tak gembira. Kita nak tengok dia bahagia. Saya sendiri pun senyum-senyum tengok video mereka. Saya tengok sahaja tapi tidaklah bertanya sebab apa yang jadi antara kita, saya lebih selesa untuk simpan sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi