suria

Aina Abdul reda tak tercalon kategori utama AME 2025, minta peminat jangan kecewa

TAK berkecil hati kerana tidak tersenarai bagi kategori Penyanyi Meletop dan Vokal Meletop di Anugerah Meletop Era, penyanyi Aina Abdul menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Jelas Aina, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menganggap belum ada rezeki buat dirinya.

“Itu adalah luar daripada saya punya kawalan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Tahun ini mungkin bukan rezeki saya, jadi tidak mengapa. Insya-Allah kita akan cuba lagi.

“Untuk peminat jangan kecewa dan sedih, kita masih ada satu lagi kategori,” katanya kepada mStar.

Aina memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Anugerah Melodi Terhangat di Bangsar pada Khamis.

Dalam masa sama, ditanya siapa pilihannya untuk memenangi kategori Vokal Meletop, Aina dengan mudah menyebut nama rakannya iaitu Ernie Zakri.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi