suria

Seram... Farid Kamil beranikan diri menetap 25 hari di banglo terbiar

PELAKON Farid Kamil mengambil langkah berani dengan menetap selama 25 hari di banglo yang sudah ditinggalkan 10 tahun bagi mendalami filem genre seram lakonannya iaitu Munajjim: Sekutu Iblis.

Menurut Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 44, dia berdepan beberapa gangguan misteri semasa berada di kediaman berkenaan.

“Pada awalnya memang agak susah nak tidur disebabkan nyamuk yang terlalu banyak. Saya terpaksa keluar untuk beli ubat nyamuk.

“Gangguan ganjil pun ada, dalam bilik saya ada lima katil. Kemudian saya baring, belakang saya seperti ditolak sehingga ke kaki. Kemudian saya tukar katil, dugaan lain pula berlaku.

“Saya pindah katil yang kelima, kemudian saya sudah boleh tidur. Tidak rasa apa-apa,” katanya kepada mStar.

Farid berkongsi perkara tersebut semasa sidang media tayangan perdana bagi filem Munajjim: Sekutu Iblis.

Selain Farid, pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut adalah Uqasha Senrose, Mustaqim Bahadon dan Sherie Merlis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi