suria

Nadeera bukan artis cerewet, tukar pengurus baharu lebih jimat boleh menginap sebilik

PENYANYI Nadeera tampil menjawab komen segelintir pihak yang mendakwa namanya naik dan dikenali disebabkan oleh Hael Husaini.

Mengakui terhutang budi dengan segala tunjuk ajar penyanyi itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, bagaimanapun menafikan dia bergantung sepenuhnya dengan Hael Husaini.

“Sebenarnya saya bukanlah bergantung kepada dia (Hael) sahaja... tapi semestinya saya terhutang budi dengan segala jasa dan juga tunjuk ajar yang diberikan.

“Insya-Allah banyak lagi yang saya nak tunjukkan kepada peminat, saya juga boleh tulis dan menjadi komposer,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama mengulas mengenai pertukaran pengurus, Nadeera menegaskan tindakan tersebut dibuat demi perkembangan kariernya dan bukannya berpunca daripada sebarang pergaduhan.

“Saya tukar pengurus bukan sebab gaduh. Itu ramai salah faham. Pada asalnya, Ashraf (pengurus lama) hanyalah bidang terjun sahaja untuk uruskan saya. Dia juga mahu fokus kepada kariernya sebagai komposer,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadeera tercalon sebanyak tiga kategori dalam Top 20 bagi Anugerah Meletop Era iaitu Vokal Meletop, Penyanyi Meletop dan juga Lagu Meletop.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi