PENYANYI Khai Bahar tidak mengambil pusing apabila ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang apabila dia sering memenangi anugerah berdasarkan undian peminat, malah menganggap zaman popularitinya sudah berlalu.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata dia tidak pernah meletakkan populariti sebagai keutamaan, sebaliknya mahu memberi tumpuan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Saya tak kisah pun bila ada yang kata zaman saya sudah berlalu sebab semua orang boleh cakap seperti itu. Mereka yang suka saya, teruskan dan kalau ada tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.
“Sekarang ini saya fokus kerja sahaja dak tak fikir pun mahu kejar untuk jadi semakin popular. Saya nak baiki bidang nyanyian dan mahu jadikan diri lebih baik,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, Khai baru sahaja memenangi Anugerah Muzik Paling Onz Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 yang berlangsung pada Ahad lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI