ABANG kepada pelawak Zizan Razak iaitu Hafiza Razak tidak menyangka video parodi mengajuk adiknya menjadi tular dan meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.
Menurut Hafiza atau Mohd Hafiza Ab Razak, 42, video yang meraih pelbagai reaksi itu hanyalah dibuat sekadar suka-suka dan tidak berhasrat untuk mengejar populariti.
“Rasa sangat gembira bila tular dan tak sangka pula sebab video yang saya buat itu sekadar suka-suka saja. Tapi, apabila saya muat naik video itu, ia dapat jumlah tontonan tinggi di TikTok.
“Adik saya (Zizan) yang beritahu mengenai perkara ini. Dia ada pesan minta jaga elok-elok nama dan gunakan sebaik mungkin (populariti itu).
“Disebabkan itu, Alhamdulilah perniagaan saya pun nampak semakin dapat sambutan,”katanya kepada mStar.
Sebelum ini Hafiza tular di aplikasi TikTok apabila dikatakan suara dan juga gelaknya seakan-akan Zizan Razak.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI