suria

Tular adegan buka baju, Zarif Ghazzi minta maaf... Bukan niat nak cepat popular

TULAR aksi membuka baju dalam drama Abang Imam Minah Skuter, pelakon Zarif Ghazzi tampil memohon maaf sekiranya adegan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Zarif, 21, berkata keputusan untuk melakukan babak tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun terpaksa berbuat demikian demi menjayakan watak dan mesej yang ingin disampaikan.

“Sebenarnya itu perkara yang sukar untuk saya buat ketika itu. Namun saya perlu buat sebab mahu sampaikan mesej dan juga mahu jayakan jalan cerita tersebut.

“Untuk komen-komen pelik itu, saya tidak boleh kawal perkara tersebut, cumanya bagi pihak saya, harapnya tidak berlebihan. Lagi sekali, saya minta maaf kerana terpaksa buka baju,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi