suria

Nizam Laksamana tak sangka kehidupan berubah, teringat kerja asal sebagai bancuh racun tikus

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon dan penyanyi Nizam Laksamana yang menceritakan pengalaman kerjanya ketika berusia 20 tahun.

Ketika itu, Nizam atau Mohd Nizam Peckhok, 57, memberitahu dia sedang berkhidmat sebagai pekerja ladang di Negeri Sembilan.

“Masa umur 20 tahun saya bekerja di kampung di kawasan ladang kelapa sawit dan hutan tanam pokok untuk tutup bumi.

“Usia itu saya belum menjadi artis dan ketika itu saya kerja sebagai pembancuh racun tikus di Felda. Selepas itu saya nak ubah nasib hidup dengan menceburi bidang nyanyian. 

“Saya cuba banyak pertandingan nyanyian dan tak sangka ada rezeki untuk jadi penyanyi. Kalau tidak ada rezeki mungkin saya akan kerja di kampung sampai sekarang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi