suria

Terdesak pakai duit, TikToker Faisal Ahmad mengaku salah guna modal bisnes... Hubungan dengan rakan kongsi jadi renggang

TERPAKSA menggunakan duit modal perniagaan untuk tujuan peribadi, personaliti media yang juga penyanyi iaitu Faisal Ahmad mengaku telah melakukan pecah amanah.

Mengakui kesilapannya itu, Faizal atau lebih mesra disapa Peyjal, 25, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terdesak dan telah berjanji menggantikan semula wang berkenaan secara ansuran.

“Saya memang ada berbincang untuk jalankan perniagaan dengan seorang rakan perniagaan untuk meniaga cadar, tilam dan modal dikeluarkan sebanyak RM20,000 tapi disebabkan terdesak masalah peribadi saya terpaksa gunakan RM 15,000 dahulu.

“Niatnya memang tak nak bagitahu dan gunakan senyap-senyap cumanya nanti saya akan bayar ganti semula, tapi pihak terbabit boleh tahu pula dan saya akui silap dan ada menggantikan semula duit tu,” kata Peyjal kepada mStar.

Dalam pada itu Peyjal memberitahu dia sudah membayar duit tersebut serta bertanggungjawab atas kesilapan dilakukan dan kini hanya berbaki RM8,000 saja.

“ Ya memang tak nafikan itu salah saya, kalau ada duit saya bayar duit tu kembali, kalau ada duit saya akan transfer sikit-sikit dan sekarang ni baki hanya lapan ribu saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi