suria

Bella Dowanna tak reti ‘control’ ayu, selesa jadi diri sendiri berperwatakan kasar

GELAK besarnya sering menjadi perhatian netizen sehingga ada yang menganggap ia keterlaluan, pelakon Bella Dowanna tidak ambil pusing dan lebih selesa menjadi diri sendiri.

Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 22, berkata dia lebih senang menampilkan dirinya sebagai seorang gadis yang sedikit kasar dan lantang, berbanding bersikap hipokrit semata-mata mahu kelihatan ayu.

“Saya lebih selesa jadi diri sendiri. Kalau saya kawal diri (untuk nampak ayu), saya rasa itu hipokrit. Sekarang ini ramai yang bercakap tentang cara saya gelak, tapi itulah saya!

“Saya tak selesa kalau perlu kawal diri (jadi sopan), rasa tak jadi diri sendiri pula. Tapi ini tak bermaksud saya langsung tak boleh jadi ayu. Kita kena pandai ikut situasi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi