suria

Keith Foo dan Riena Diana banyak muat naik ‘content’ mesra kerana tuntutan kerja

HUBUNGAN mesra yang ditunjukkan bersama kekasih di media sosial mula mengundang rasa kurang senang netizen, pelakon Riena Diana menganggap perkara itu sebagai lumrah bagi seorang yang dikenali.

Kata Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, dia tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak, namun kebanyakan hantaran mesra bersama Keith Foo adalah atas tuntutan kerja.

“Bagi saya, itu adalah lumrah (kena kecam) apabila sudah menjadi orang yang dikenali. Kami pada awalnya buat konten berdua, jadi bila ramai yang suka ramai (klien) minta kami bersama. Jadi tak boleh nak lari sebab komitmen kerja.

“Untuk sekarang ini, saya rasa memang sudah lama kurang buat hantaran mengenai dia (Keith). Saya ini memang orang yang paling jarang buat hantaran kecuali mengenai kerja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi