suria

Setahun tak berhubung dengan Diana... Farid Kamil menyanyi ‘telah ku cuba untuk berikan bunga’

PELAKON Farid Kamil mendedahkan dia dan bekas isterinya iaitu Diana Danielle sudah hampir setahun tidak berhubung.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 44, bagaimanapun berkata dia tetap tenang menjalani hidup sebagai seorang duda dan fokus kini membesarkan dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Kami tidak berhubung sudah hampir setahun. Matlamat kami sekarang ini hanyalah besarkan anak-anak. Saya hanya berhubung secara terus kepada Muhammad dan Aurora.

“Untuk sekarang ini, saya akui yang sudah semakin tenang dan bahagia selepas berikan fokus kepada diri sendiri. Sudah hampir setahun, kita ‘move forward’ sahaja dengan hidup,” katanya kepada mStar.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis pada Isnin.

Dalam pada itu, Farid berkata dia lebih selesa untuk tidak mengulas perkongsian Diana semasa ditemu bual dalam sebuah program audio siar.

Menerusi video tular tersebut, aktress itu mendedahkan perceraian bukan momen paling menyakitkan sebaliknya kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan itu lebih melukakan.

Meskipun tidak memaklumkan siapa individu dimaksudkan, namun rata-rata netizen mengandaikan sahabat baik yang dimaksudkan Diana dalam program itu adalah Farid.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi