PELAKON Diana Danielle memberitahu situasi emosional sehingga menitiskan air mata berlaku secara tidak sengaja semasa dia ditemu bual dalam satu siri podcast, baru-baru ini.
Kata Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, dia tidak merindui perkara yang sudah berlaku dan kini hanya mahu memberikan fokus masa depan.
“Podcast tersebut adalah mengenai perjalanan hidup saya. Sudah tentu apabila bercerita mengenai kehidupan, akan ada beberapa nama yang pernah wujud dalam fasa itu. Bukan hanya dia (Farid), malah ada juga individu lain.
“Saya tidak jangka untuk jadi emosional ketika itu, ia berlaku secara spontan. Namun ia tidak bermakna yang saya mahu (rindu) dengan perkara lalu. Ada salah faham yang mengatakan saya rindu, tetapi saya tidak.
“Saya hanya mahu fokus kepada masa depan. Ia bukan benda yang menarik untuk dibicarakan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI