suria

Kak KM bengang banyak tuduhan merepek tentang Nabila, rupanya ini sebab berhenti - “Anak saya bukan untuk diperlekeh”

USAHAWAN sensasi Kak KM akhirnya mendedahkan sebab sebenar anak sulungnya, Nabila Razman memilih untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, dia sendiri meminta anaknya berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat Nabila dimarahi ketika menjalani latihan.

“Ramai sangat buat andaian sendiri. Kita memang bayar penalti sebab saya tidak mahu anak saya kerja dekat sana. Tiada masalah untuk saya bayar.

“Saya mahu anak saya balik. Saya besarkan dia bukan sesuka hati untuk kau marah-marah dia. Saya sendiri besarkan dia tak pernah marah, jadi kenapa hantar kerja, kau nak marah anak aku.

“Kau salah orang. Bagi saya, tidak mengapa saya rugi untuk bayar itu janji bagi semula anak saya,” katanya kepada mStar.

Kak KM memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pengumuman Fasha Sandha dan Aidil Aziz sebagai pemilik bersama kedai Kopi Saigon di MyTown, Cheras pada Rabu. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi