PENYANYI baharu El Riss tidak ambil hati apabila lagu baharunya berjudul Lukisan menerima reaksi negatif orang ramai.
Kata Ris atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 20, niatnya memasuki industri nyanyian adalah bagi mencari rezeki membantu ibu di kampung.
“Terima banyak komen dan juga yang kecam. Mereka kata suara sengau dan sebagainya. Dipersoal mengenai rupa, itu pun normal bagi saya.
“Sekarang ini kalau dekat Malaysia, memang akan cari buruk kita sahaja. Saya tidak kisah, pergi mampus mereka. Saya dapat duit, mereka pula dapat apa?” soalnya.
Lagu dan video muzik Lukisan boleh didengar dan ditonton di semua platform digital sejak 4 Julai lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI