suria

Hisyam Hamid cepat matang, umur 20 tahun dah fikir masa depan... Pasang cita-cita jadi pegawai bomba

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini membawa pembaca mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon Hisyam Hamid yang berkongsi pelbagai kisah mengenai kehidupannya semasa usia berkenaan.

Kata Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, ketika itu dia sedang sibuk dengan kariernya sebagai anggota bomba dan langsung tidak pernah menjangkakan bakal menjadi seorang pelakon terkenal seperti sekarang.

“Ketika umur itu saya baru sahaja memilih untuk sambung kerja bomba ataupun tukar karier. Ketika itu memang tak jangka akan jadi pelakon. Saya berlakon ini sebagai kebetulan. Memang tidak pernah terlintas untuk jadi pelakon sepenuh masa di sini.

“Ketika itu cita-cita saya mahu menjadi seorang pegawai dalam organisasi badan beruniform,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi