PENYANYI baharu yang dikenali sebagai Hafizul tiada niat mencari publisiti murahan bagi menaikkan namanya selepas menyertai kumpulan Ammar Nazhan.
Menurut Hafizul atau nama sebenarnya Muhammad Hafizul Haiman, 23, namanya sudah dikenali sebelum dia bersama influencer berkenaan.
Malah, Hafizul mengakui jumlah pengikutnya menurun selepas dia mengikuti personaliti media sosial itu.
“Sebelum saya masuk kumpulan itu lagi saya sudah menjadi TikToker. Saya ada buat konten-konten menyanyi dan saya memang mula menaik daripada itu. Kemudian barulah saya masuk kumpulan Ammar Nazhan.
“Selepas peristiwa bergaduh dan juga orang hilang di Indonesia itu, saya akui yang pengikut saya hilang. Ya, ia memang beri kesan kepada saya. Namun, itu semua adalah rezeki, saya percaya dengan susunan Allah,” katanya kepada mStar.
Untuk info, Hafizul baru sahaja melancarkan lagu pertamanya berjudul Serpih dan boleh didengar serta ditonton di semua platform digital sejak 18 Julai lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI