KUMPULAN Masdo tidak berkecil hati apabila ada pihak menyifatkan mereka tidak lagi releven kerana masih mengekalkan genre dan imej retro yang sama.
Tidak cepat melatah, pemain gitar iaitu Putu Ceri, 38, berkata mereka mengambil maklum setiap teguran itu dan akan menambah baik kumpulan mereka pada masa akan datang.
“Kami setiap masa cuba untuk kekal relevan tapi setiap keputusan dibuat mesti diberikan keutamaan pada kami sebab yang penat kami bukannya mereka (netizen).
“Ada bagus juga orang komen macam tu sebab kami ambil semuanya kepada positif teguran itu, kami akan cuba sesuatu yang baru supaya orang tak muak dengan kami.
“Kami tak ambil hati apa yang orang cakap tapi bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, setiap komen itu kami perhalusi untuk perbaiki mana kekurangan untuk masa akan datang,”katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert sulung iaitu Al-Kisah Kugiran Masdo di Zepp, Kuala Lumpur pada 31 Ogos sempena sambutan ulang tahun penubuhan 10 tahun mereka.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.