MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini membawa pembaca mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Pada episod kali ini, mStar menampilkan seorang penyanyi yang semakin dikenali ramai iaitu Nadeera Zaini untuk berkongsi pelbagai kisah mengenai kehidupannya semasa usia berkenaan.
Cerita Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, dia ketika itu sedang berusaha untuk memasuki industri nyanyian dengan menyertai pelbagai program realiti.
Dalam masa sama, penyanyi itu juga sedang sibuk membantu ibu bapanya menguruskan restoran di Mersing, Johor.
“Ketika itu saya ingat satu peristiwa paling kelakar. Saya ambil tempahan makanan dekat kedai makan ayah saya, kemudian nampak pasangan ini bergaduh.
“Tapi rupa-rupanya bukan bergaduh, dia mengadu masalah. Saya salah faham, jadi saya marah si suami sebab berkasar dengan isteri. Sampai sekarang saya ingat peristiwa itu,” katanya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI