suria

Hadie dah bersedia hadap kecaman sebagai penyanyi, ikut jejak arwah bapa gerak solo

ANAK Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie tetap mengutamakan pelajaran meskipun peluang untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian terbuka luas.

Menurut Hadie atau Ehmad Hadie Elfardie, 17, dia bersedia mencuba nasib dalam bidang ini dan sudah ada perancangan lain sekiranya percubaan itu gagal.

“Saya akan cuba nasib dalam bidang nyanyian tapi sekiranya bukan rezeki saya di sini mungkin akan beralih kepada bidang perniagaan tapi pelajaran tetap tidak dilupakan.

“Arwah ayah banyak ajar dulu untuk segi teknik vokal dan cara untuk menyanyi, arwah selalu pesan jangan lupa diri dan jangan lupa pada orang yang bantu kita waktu susah,” katanya kepada mStar.

Mahu menyambung legasi arwah bapa, Hadie bagaimanapun memberitahu dia selesa bergerak secara solo berbanding bersama kumpulan.

“Saya memang akan ikut jejak arwah ayah tapi saya lebih selesa untuk bergerak secara solo sebab semuanya sendiri jadi semuanya senang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Hadie bakal menyertai sebuah program realiti nyanyian iaitu Talk To My Manager yang akan memulakan siaran pada 24 Ogos ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi