suria

Siti Elizad imbau momen lucu halau pengarah keluar bilik uji bakat, pernah dilamar ketika awal jadi artis

FLASHBACK kali ini akan mengimbau penglibatan karier Siti Elizad sewaktu awal kemunculan sebagai pelakon ketika usianya 19 tahun.

Memulakan karier sekitar tahun 2000, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddi, 41, mendedahkan dia pernah dilamar oleh pengarah dan juga penyanyi terkenal untuk menjadi isteri.

Menurut Elizad, walaupun ramai yang ingin menjadikannya isteri ketika itu namun dia menolak kerana ingin fokus kepada kerjaya lakonan.

“Saya memang daripada dulu memang baik dan peramah dengan orang malah akan terlebih-lebih ramah… sampai ada yang salah faham sebab peramah tu, gosip dengan pengarah filem tu banyak, siap ada gosip dengan penyanyi rock.

“Sebenarnya saya anggap mereka macam abang sahaja dan bila keluar dengan mereka, saya tak perlu keluarkan duit sebab semua mereka bayarkan, jadi jimat duit saya kalau nak beli barang.

“Ada juga yang pernah nak ajak kahwin tapi waktu tu saya tak fikir sangat sebab muda lagi dan jiwa pun masih nak enjoy, tapi saya tolak cara baik dan anggap itu sekadar gurauan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi